TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis jumpa kepala, badan manusia pula di kawasan pembuangan sampah lain selepas jumpa kaki dan tangan dalam plastik

By
|
Kongsi
image

 

KOTA KINABALU 12 Feb – Polis menemukan kepala dan badan manusia susulan penemuan kaki dan tangan di tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, di sini, awal pagi tadi.

Kedua-dua bahagian tubuh itu ditemui kira-kira jam 11.40 pagi di satu lagi lokasi pembuangan sampah berhampiran sebuah pasar raya di kawasan sama.

Sebelum itu, kaki dan tangan manusia ditemui di tempat pembuangan sampah berhampiran kawasan letak kereta bersebelahan pasar raya berkenaan.

Penemuan terbaharu itu adalah hasil pencarian dan siasatan polis yang dijalankan dengan bantuan pekerja kutipan sampah.

Terdahulu, pekerja kutipan sampah menemui satu tangan manusia bermula dari tapak tangan hingga ke pangkal bahu serta satu kaki dari tapak kaki hingga ke pangkal paha selepas anggota badan itu terjatuh dari tong sampah ketika mahu dimasukkan ke dalam lori.

Bagaimanapun, setakat jam 12 tengah hari tadi, sebelah lagi tangan dan kaki masih belum ditemui, manakala polis terus menjalankan siasatan dan usaha pencarian lanjut berhubung kejadian tersebut.

+ - reset