Berita Politik
Saifuddin persoal motif pemecatan Hamzah dalam Bersatu
KUALA LUMPUR 13 Feb – Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Saifuddin Abdullah mempersoalkan motif sebenar tindakan parti itu yang memecat Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Presiden.
Menurut beliau, pemecatan tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas 16 Ahli Parlimen secara terbuka menggesa Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden dan menyerahkan jawatan itu kepada Hamzah, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keputusan berkenaan.
“Tindakan ini memberi gambaran bahawa Muhyiddin takut dengan pengaruh Hamzah yang semakin kuat dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, sekiranya Muhyiddin benar-benar masih mempunyai sokongan kukuh dalam kalangan pimpinan dan ahli, tindakan drastik seperti pemecatan tidak sepatutnya berlaku.
“Jika benar Muhyiddin masih mempunyai sokongan, tidak perlu bertindak sedemikian. Parti politik yang matang tidak seharusnya dipimpin berasaskan ketakutan atau keinginan mempertahankan kedudukan,” tegasnya.
Beliau turut menyifatkan langkah pemecatan itu sebagai mencerminkan kelemahan kepimpinan tertinggi parti.
Untuk rekod, Saifuddin sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Tertinggi Bersatu sebelum dipecat daripada parti tersebut pada 6 Januari lalu.
Pemecatan Hamzah mencetuskan pelbagai reaksi politik, termasuk daripada Ahli Parlimen dan pimpinan pembangkang yang melihatnya sebagai perkembangan penting dalam krisis dalaman Bersatu.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 3:14 pm
MIC akan rujuk semula akar umbi susulan perubahan kepimpinan PN - Vigneswaran
March 26, 2026, 1:37 pm
Zambry hargai pendirian MIC kekal bersama BN
March 25, 2026, 4:11 pm
MIC kekal bersama BN buat masa ini - Saravanan
March 19, 2026, 10:36 am
Che’gu Bard dipecat daripada BERSATU
March 17, 2026, 2:21 pm
MIC belum mohon sertai PN, status dalam BN masih belum diputuskan
March 16, 2026, 8:42 pm
Kemasukan semula Khairy ke dalam UMNO dijangka tidak ambil masa lama
March 16, 2026, 5:45 pm
Pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang pilihan Pas selepas PRU15
March 11, 2026, 6:49 pm
Sanusi sifatkan cadangan Rumah Bangsa Malaysia usaha UMNO kukuh kedudukan
March 10, 2026, 4:30 pm
Mas Ermieyati digantung keahlian Bersatu selama enam tahun
March 7, 2026, 11:08 am
