Berita Sukan
JDT sasar kekalkan momentum, buru tiket suku akhir ACLE
ISKANDAR PUTERI 5 Mac – Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz mahu anak buahnya mengekalkan momentum serta mempamerkan permainan berintensiti tinggi menjelang aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 menentang Sanfrecce Hiroshima.
Menurutnya, perlawanan di Stadium EDION Peace Wing Hiroshima pada 11 Mac ini amat penting bagi memastikan skuad Harimau Selatan mara ke suku akhir kejohanan berprestij Asia itu.
“Kami berdepan lawan yang hebat dan penting untuk para pemain berehat serta cuba memulihkan keadaan fizikal bagi menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Terdahulu, JDT melakar kemenangan 3-1 ke atas La Viola pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim di sini.
Xisco turut memuji prestasi pemainnya yang disifatkan mempamerkan permainan bertaraf tinggi sekali gus menghadiahkan kemenangan penting buat kelab dan negara.
“Kemenangan ini sangat besar, bukan sahaja untuk kelab tetapi juga untuk negara kerana penting untuk mempamerkan prestasi bertaraf tinggi. Namun, kami perlu terus mengekalkan momentum,” katanya.
Sementara itu, pengendali La Viola, Bartosch Paul Gauli yakin pasukannya masih berpeluang bangkit dalam aksi timbal balik di laman sendiri.
Mengakui intensiti serta kualiti yang dipamerkan JDT, beliau berkata pasukannya sudah menjangka cabaran tersebut namun percaya mampu menampilkan persembahan lebih baik pada perlawanan seterusnya.
“Saya bangga dengan pasukan dan gembira kerana kami menjaringkan satu gol kerana saya fikir ia boleh memberi harapan kepada kami untuk perlawanan seterusnya,” katanya.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
