Berita Sukan
Isu pemalsuan dokumen: CAS kekal hukuman gantung tujuh pemain warisan, FAM didenda rm1.76 juta
KUALA LUMPUR 5 Mac – Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) hari ini mengesahkan keputusan untuk mengekalkan tempoh penggantungan selama 12 bulan terhadap tujuh pemain warisan negara, namun meminda skop hukuman tersebut kepada perlawanan rasmi sahaja.
Keputusan itu melibatkan tujuh pemain iaitu Facundo Tomas Garces Rattaro, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Menerusi kenyataan rasmi CAS, rayuan bersama yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah ditolak. Ini sekali gus menyaksikan denda berjumlah CHF 350,000 (kira-kira RM1.76 juta) yang dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap badan induk bola sepak negara itu kekal berkuat kuasa.
Bagaimanapun, panel CAS memberikan sedikit kelonggaran apabila memutuskan bahawa larangan tersebut tidak merangkumi semua aktiviti bola sepak. Ini bermakna, kesemua pemain terlibat masih dibenarkan untuk menjalani latihan bersama kelab masing-masing sepanjang tempoh hukuman tersebut berlangsung.
"Larangan beraksi dalam perlawanan rasmi berkuat kuasa bermula hari ini, 5 Mac 2026. Walau bagaimanapun, tempoh penggantungan terdahulu dari 25 September 2025 hingga 26 Januari 2026 akan dikira sebagai sebahagian daripada jumlah tempoh hukuman yang perlu dijalani," jelas kenyataan tersebut.
CAS turut menegaskan bahawa tindakan mengenakan denda jutaan ringgit terhadap FAM adalah satu keputusan yang wajar dan seimbang memandangkan tahap serius kesalahan yang dilakukan.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
