Berita Politik
Ambil berkat Ramadan, UMNO buka pintu kepada bekas ahli tanpa sebarang syarat - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR 6 Mac - UMNO membuka peluang kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahliannya untuk kembali menyertai parti tanpa sebarang syarat melalui inisiatif baharu dinamakan ‘Rumah Bangsa’.
Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelawaan itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyertai perjuangan parti.
“Dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya, demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuh kembali keluarga besar UMNO. UMNO melihat kesempatan ini sebagai waktu terbaik untuk mempertautkan kembali tali perjuangan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid menekankan bahawa kekuatan sesebuah parti tidak hanya bergantung kepada struktur organisasi, tetapi juga terletak pada sokongan, dokongan dan kebersamaan ahli di semua peringkat.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa Jawatankuasa Rumah Bangsa, yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, akan menyelaraskan proses penyertaan semula ini melalui tatacara yang selaras dengan Perlembagaan UMNO.
“Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air serta memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara,” tambahnya.
Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 Januari lalu, Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk menerima kembali mana-mana bekas ahli, sama ada secara individu atau en bloc.
Beliau turut memaklumkan pelaksanaan konsep ‘Rumah Bangsa’ dijangka menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai medan awal untuk menilai keberkesanan pendekatan itu.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
