Berita Sukan
JDT nafi 91 peratus pendapatan datang daripada sumber awam
JOHOR BAHRU 9 Mac – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan dakwaan bahawa 91 peratus daripada hasil pendapatan kelab itu pada tahun 2024 datang daripada sumber awam atau berkaitan kerajaan.
Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, dakwaan yang tular di media sosial itu tidak benar serta berpunca daripada salah tafsir terhadap fakta sebenar.
Menurutnya, walaupun akaun kewangan teraudit JDT menyenaraikan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) serta geran atau sumbangan kerajaan, perkara itu hanyalah prosedur operasi standard (SOP) bagi menyalurkan dana melalui saluran berkenaan untuk pelbagai tujuan.
“Untuk rekod, semua penajaan sukan daripada syarikat swasta merupakan sebahagian besar daripada 91 peratus yang didakwa dalam kes ini disalurkan melalui majlis sukan di peringkat kebangsaan dan negeri bagi tujuan pelepasan cukai kepada syarikat berkenaan.
“Oleh itu, semua penaja swasta JDT juga menyalurkan dana penajaan melalui Majlis Sukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Edwards berkata, geran dan sumbangan kerajaan yang diberikan pula adalah khusus untuk pembangunan sukan di peringkat akar umbi termasuk penganjuran kejohanan remaja serta program pembangunan di semua daerah di Johor.
Beliau menjelaskan sebahagian besar dana itu disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) serta persatuan bola sepak daerah bagi tujuan tersebut.
Menurutnya, JDT turut menegaskan bahawa tiada satu pun daripada geran berkenaan digunakan untuk operasi bola sepak kelab.
Tambahnya, perkara itu termasuk perbelanjaan pasukan utama, gaji kakitangan, operasi Akademi JDT serta penyelenggaraan aset kelab.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
