Berita Politik
Mas Ermieyati digantung keahlian Bersatu selama enam tahun
KUALA LUMPUR 10 Mac – Selepas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memaklumkan digantung keahlian, Ketua Srikandi parti itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menerima nasib sama.
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu memaklumkan beliau digantung keahlian Bersatu selama dua penggal atau enam tahun.
Menurut notis penggantungan yang dikongsikan dalam hantaran tersebut, Mas Ermieyati dikenakan tindakan kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli parti.
“Akhirnya saya digantung. Setakat itu sahaja lembaga disiplin mampu bagi.
“As for me (bagi saya) syukur Alhamdulillah. Terima kasih buat semua. Khalas,” katanya dalam hantaran berkenaan.
Terdahulu, Ronald turut digantung keahlian Bersatu selama dua penggal yang berkuat kuasa hari ini.
Beliau turut berkongsi notis penggantungan yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan menerusi hantaran di Facebook.
Dalam hantaran tersebut, Ronald secara terbuka memaklumkan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Beliau turut mempersoalkan keputusan Lembaga Disiplin Bersatu yang hanya menggantung keahliannya dan bukan memecatnya terus daripada parti.
Ronald dan Mas Ermieyati merupakan antara pemimpin yang secara terbuka menyokong Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Hamzah sebelum ini melancarkan gerakan “Reset” yang disifatkannya sebagai usaha pembetulan, penambahbaikan serta pengukuhan kekuatan negara secara kolektif.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
