Berita Sukan
JDT raih kira-kira RM8.5 juta selepas mara suku akhir ACLE
KUALA LUMPUR 13 Mac – Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bukan sahaja melakar sejarah baharu, malah turut meningkatkan reputasi kelab itu di pentas Asia serta menghadiahkan ganjaran kewangan lumayan kepada Harimau Selatan.
Sebagai salah satu daripada lapan pasukan terbaik Asia musim ini, JDT dijangka meraih sekitar USD1.8 juta (kira-kira RM8.5 juta) daripada keseluruhan ganjaran pertandingan setakat ini.
Perjalanan JDT dalam ACLE menyaksikan kelab itu mengumpul wang kemenangan daripada beberapa peringkat kejohanan, termasuk USD800,000 (RM3.7 juta) sebagai bayaran penyertaan peringkat liga, USD200,000 (RM940,000) bagi bonus mara ke pusingan 16 dan USD400,000 (RM1.8 juta) sebagai ganjaran layak ke suku akhir.
Selain itu, kemenangan dalam perlawanan peringkat liga turut memberikan bonus tambahan bagi setiap kemenangan sekali gus menambah jumlah keseluruhan ganjaran yang diterima kelab tersebut.
Dengan tempat di suku akhir sudah dalam genggaman, skuad Harimau Selatan kini berpeluang menambah lagi ganjaran sekiranya berjaya mara lebih jauh dalam kejohanan kelab paling berprestij di Asia itu.
Jika berjaya melangkah ke separuh akhir atau final, jumlah wang kemenangan yang bakal diraih JDT dijangka meningkat dengan ketara sekali gus menjadikan musim ini antara kempen paling menguntungkan buat kelab gergasi dari selatan tanah air itu.
Berita berkaitan
April 23, 2026, 5:19 pm
Harga tiket Final Piala Malaysia kekal, serendah RM50
April 14, 2026, 2:23 pm
Kerajaan peruntuk RM3 juta perkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara
March 31, 2026, 11:56 am
Gaji tidak dibayar, legenda import bola sepak Kedah terpaksa mengemis di sosial media
March 25, 2026, 7:21 pm
JDT diundi laluan sukar, berpotensi bertemu juara bertahan
March 25, 2026, 9:36 am
AFC denda JDT RM24,172
March 19, 2026, 11:19 am
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
March 18, 2026, 9:45 am
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
March 9, 2026, 10:25 am
