Berita Politik
Kemasukan semula Khairy ke dalam UMNO dijangka tidak ambil masa lama
PUTRAJAYA 16 Mac – Proses kemasukan semula Khairy Jamaluddin ke dalam UMNO diyakini tidak akan mengambil masa lama.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu susulan idea penubuhan Rumah Bangsa yang dicetuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membawa kembali bekas ahli serta pemimpin parti tersebut.
“Jadi tempoh masa itu saya tidak fikir akan menjadi masalah,” katanya selepas menghadiri Forum Ilmuan Malaysia MADANI di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO itu bahawa beliau secara rasmi memohon agar pemecatan keahliannya daripada parti dibatalkan dan nombor keahlian asal diaktifkan semula.
Menurut Zambry, beliau yakin Ahmad Zahid akan membawa perkara tersebut ke peringkat mesyuarat MKT untuk dibincangkan.
Beliau berkata, UMNO juga telah melantik Naib Presiden parti sebagai pengerusi teknikal yang menguruskan proses berkenaan.
Katanya, pertemuan antara Presiden UMNO dan Khairy pada malam sebelumnya memberi petunjuk positif kerana kedua-duanya dapat bertemu dalam suasana yang harmoni.
Zambry turut berpandangan UMNO mengalu-alukan langkah Khairy kerana bekas Ahli Parlimen Rembau itu dilihat masih mempunyai semangat perjuangan bersama parti berkenaan.
“Jiwanya itu jiwa UMNO. Sebab itu kita lihat baru-baru ini ketika Perhimpunan Agung UMNO, beliau hadir bersama.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO yang membuka ruang melalui idea Rumah Bangsa untuk mengembalikan mereka semula,” katanya.
Mengulas kritikan terhadap idea Rumah Bangsa, Zambry berkata, ia timbul kerana terdapat parti politik yang merasakan inisiatif tersebut mampu memberi cabaran kepada mereka.
“Presiden UMNO menyebut bahawa Rumah Bangsa ini terbuka untuk dibincangkan, termasuk apabila pelbagai pihak hadir baru-baru ini.
“Ia menjadi tempat untuk bermusyawarah melibatkan pelbagai parti dan isu berkaitan Islam serta Melayu. Kita bawa semua untuk berbincang bersama,” katanya.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:06 am
PH sasar sekurang-kurangnya 19 kerusi pada PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 9:57 am
Aminuddin gesa calon PH bermunajat, mohon petunjuk jelang hari pengundian PRN
July 29, 2026, 11:15 am
Ramalan pilihan raya tidak bererti, pengundi penentu sebenar PRN Negeri Sembilan - Fahmi Fadzil
July 26, 2026, 4:17 pm
'Amaran Zahid tak dipeduli' – Chong Zhemin dakwa PAS sebenarnya kuasai BN-PN
July 26, 2026, 4:12 pm
Belum ada perbincangan berkaitan PRU – Zahid
July 26, 2026, 9:39 am
PRN Negeri Sembilan: Zahid tepis dakwaan Muhyiddin, yakin keserasian BN-PN kekal utuh
July 25, 2026, 8:39 pm
PRN Negeri Sembilan: RCI Tabung Haji tidak wajar jadi modal kempen
July 25, 2026, 8:36 pm
PRN Negeri Sembilan: Mohamad Hasan jangka PRU lebih awal
July 25, 2026, 3:18 pm
PRN Negeri Sembilan: Zahid yakin manifesto BN mampu pacu ekonomi negeri
July 25, 2026, 3:14 pm
