Berita Sukan
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
KUALA LUMPUR, 18 Mac - Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut meletakkan kelab itu di landasan terbaik untuk mencipta rekod dunia baharu.
Kelab berkenaan kini hanya dibezakan dengan PFC Ludogorets Razgrad yang mencatat 14 kejuaraan liga berturut-turut yang masih aktif, selain rekod sepanjang zaman milik Tafea FC dengan 15 kejuaraan.
Menurut kenyataan rasmi JDT, pencapaian itu membuktikan dominasi berterusan pasukan tersebut dalam saingan domestik sekali gus membuka peluang untuk mengharumkan nama Johor dan Malaysia di pentas antarabangsa.
JDT mengesahkan kejuaraan ke-12 berturut-turut sejak 2014 selepas menewaskan DPMM FC 3-0, Ahad lalu.
Pasukan yang dikenali sebagai Harimau Selatan itu dijadualkan menentang PDRM FC dalam aksi seterusnya.
Pencapaian tersebut turut menyaksikan JDT mengatasi rekod kelab gergasi Jerman, Bayern Munich yang sebelum ini merekodkan 11 kejuaraan liga berturut-turut.
Dalam statistik keseluruhan dunia, termasuk rekod yang telah berakhir, JDT kini berada dalam kelompok 10 kelab terbaik dari segi kejuaraan liga berturut-turut.
Rekod 12 kejuaraan Liga Super Malaysia itu sekali gus mengukuhkan kedudukan JDT sebagai antara pasukan paling dominan dalam sejarah bola sepak moden.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
