Berita Sukan
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
ISKANDAR PUTERI 19 Mac – Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim F.C., Xisco Muñoz menegaskan pasukannya mahu menamatkan saingan Liga Super Malaysia musim ini tanpa sebarang kekalahan selepas membelasah PDRM FC 7-0 malam tadi.
Walaupun sudah mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-12 berturut-turut, beliau berkata fokus pasukan kekal untuk mengekalkan prestasi terbaik sehingga aksi terakhir musim ini.
Menurutnya, setiap perlawanan membawa cabaran tersendiri dan pemain perlu terus memberikan komitmen penuh sama ada dalam latihan mahupun ketika perlawanan.
“Setiap perlawanan adalah sukar tetapi para pemain memberikan yang terbaik sama ada di atas padang mahupun dalam latihan.
“Jika mahu mencapai tahap tertinggi, kami perlu terus memaksa diri sehingga perlawanan terakhir dengan memberikan tumpuan penuh selama 90 minit dalam setiap perlawanan,” katanya.
Munoz turut menegaskan aspek penggiliran pemain dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan keseimbangan prestasi serta kebajikan skuad sepanjang baki saingan.
Dengan hanya empat perlawanan berbaki, JDT kini berpeluang mencipta rekod baharu dengan menamatkan musim tanpa kalah, pencapaian yang belum pernah diraih kelab itu sebelum ini.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
