Berita Sukan
AFC denda JDT RM24,172
JOHOR BAHRU 25 Mac – Johor Darul Ta’zim (JDT) dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan kesalahan dilakukan ketika aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) menentang Sanfrecce Hiroshima, Februari lalu.
Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC dalam satu kenyataan memaklumkan, denda berjumlah AS$6,125 (RM24,172) itu dikenakan selepas enam kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan kepada JDT dalam aksi berkenaan.
“JDT diarahkan membayar denda sebanyak AS$6,125 kerana melakukan kesalahan di bawah Artikel 53.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC yang dibaca bersama Artikel 3.1 Pekeliling Disiplin AFC bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elite 2025/26.
“Denda tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan ini dimaklumkan selaras dengan Artikel 11.3 kod berkenaan,” menurut kenyataan itu.
AFC turut menjelaskan bahawa ini merupakan kesalahan keempat dilakukan JDT dalam tempoh residivisme yang membawa kepada jumlah denda berkenaan.
Dalam aksi peringkat liga pada 10 Februari lalu, JDT bertandang ke Jepun menentang Sanfrecce Hiroshima yang menyaksikan Harimau Selatan tewas 1-2.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
