Berita Sukan
JDT diundi laluan sukar, berpotensi bertemu juara bertahan
KUALA LUMPUR 25 Mac – Laluan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dilihat semakin mencabar apabila berdepan kemungkinan menentang juara bertahan, Al-Ahli di peringkat suku akhir.
Keputusan undian yang berlangsung hari ini menyaksikan wakil Malaysia itu akan menunggu keputusan perlawanan antara Al-Ahli dan Al-Duhail bagi menentukan lawan seterusnya.
Perlawanan antara kedua-dua pasukan itu sebelum ini ditangguhkan berikutan konflik di Asia Barat dan kini dijadualkan berlangsung pada 14 April depan secara satu perlawanan penentuan.
Al-Ahli ketika ini menampilkan barisan pemain ternama antaranya Riyad Mahrez dan Ivan Toney serta berada dalam kelompok teratas liga domestik Arab Saudi, manakala Al-Duhail pula berada di pertengahan carta Liga Qatar.
Dalam undian sama, Buriram United bakal berdepan pemenang pertemuan antara Tractor dan Shabab Al Ahli, sementara Vissel Kobe akan menanti sama ada Al Hilal SFC atau Al Sadd.
Satu lagi wakil Jepun, FC Machida Zelvia turut menunggu keputusan perlawanan melibatkan Al-Ittihad dan Al-Wahda FC.
Semua aksi bermula suku akhir hingga perlawanan akhir akan berlangsung secara berpusat di Jeddah dari 17 hingga 25 April ini.
Berita berkaitan
March 25, 2026, 9:36 am
AFC denda JDT RM24,172
March 19, 2026, 11:19 am
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
March 18, 2026, 9:45 am
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
March 13, 2026, 10:21 am
JDT raih kira-kira RM8.5 juta selepas mara suku akhir ACLE
March 9, 2026, 10:25 am
JDT nafi 91 peratus pendapatan datang daripada sumber awam
March 5, 2026, 12:01 pm
JDT sasar kekalkan momentum, buru tiket suku akhir ACLE
January 16, 2026, 10:57 am
Pan-gon akui Selangor FC perlu kejar standard JDT demi Liga-M lebih kompetitif
January 10, 2026, 10:41 pm
