Berita Berita
Guna berus bulu babi: Semua produk kopi, biskut pengeluar diarah tarik balik dari pasaran
MELAKA 3 April - Semua produk kopi dan biskut daripada dua pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik serta-merta dari pasaran selepas sijil halal mereka dibatalkan oleh pihak berkuasa agama negeri awal bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rahmad Mariman berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, khususnya umat Islam, susulan penemuan bahan yang diklasifikasikan sebagai ‘mughallazah’ atau najis berat dalam peralatan digunakan.
Menurutnya, semua produk yang dihasilkan dalam tempoh berkaitan perlu ditarik balik sepenuhnya, selain pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan pematuhan terhadap arahan berkenaan.
"Tiada tempoh masa khusus ditetapkan, bergantung kepada kedua-dua syarikat itu untuk memenuhi semua syarat dan prosedur sebelum dibenarkan untuk memohon semula sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Melaka.
"Kita bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan terus memantau keberadaan produk itu di pasaran dan tindakan segera, termasuk merampas produk berkenaan akan dilakukan sekiranya mereka masih menggunakan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran sempena tiga tahun pentadbiran Ketua Menteri Melaka di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam tadi.
Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Melaka mengesahkan penarikan balik sijil halal dua kilang memproses kopi dan biskut selepas didapati menggunakan berus bulu babi dalam kerja pembersihan peralatan.
Penemuan itu dibuat menerusi pemeriksaan Bahagian Pengurusan Halal JAIM pada Januari lalu, sebelum sampel dihantar ke Pusat Analisis Halal Malaysia di Bandar Enstek, Negeri Sembilan untuk analisis lanjut yang mengesahkan ciri fizikal bahan berkenaan.
Mengulas lanjut, Rahmad berkata pihak JAIM akan terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap kilang pembuatan biskut Tian Hup Seng serta kopi Heng Loong di Melaka Tengah sebelum sebarang permohonan baharu untuk mendapatkan sijil halal dipertimbangkan.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 11:09 am
Ketua Pengarah JAS didakwa terima suapan RM100,000
April 3, 2026, 10:09 am
Kenyataan terbuka Rafizi, boleh jejas keharmonian, kekuatan parti - KEADILAN Johor
April 3, 2026, 8:48 am
Pemandu treler positif dadah, rempuh van ragut nyawa tiga sekeluarga di Segamat
April 2, 2026, 8:32 pm
Alasan gaduh dengan isteri, suami orang ditahan berkhalwat di rumah janda
April 2, 2026, 8:25 pm
Gagal kawal kenderaan, Toyota Vios dipandu guru rempuh kantin sekolah
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
