Berita Berita
Kenyataan terbuka Rafizi, boleh jejas keharmonian, kekuatan parti - KEADILAN Johor
KUALA LUMPUR 3 April – Tindakan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, mengeluarkan kenyataan terbuka dilihat berpotensi menjejaskan keharmonian dalaman serta kekuatan parti.
Perkara itu disuarakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Zaliha Mustafa bersama timbalannya, Md Ysahrudin Kusni dalam satu kenyataan bersama.
Menurut mereka, pendekatan menyuarakan isu secara terbuka, khususnya melibatkan tuduhan serius, perlu ditangani dengan lebih berhati-hati agar tidak menjejaskan disiplin parti dan kepercayaan anggota.
Tambah kenyataan itu, sekiranya matlamat Rafizi adalah untuk memperkukuh parti, pandangan sewajarnya disalurkan melalui saluran dalaman yang sesuai bagi mengelakkan manipulasi pihak luar.
"MPN KEADILAN Johor turut melihat bahawa situasi ini bukan lagi sekadar keberanian bersuara, tetapi boleh disalah tafsir sebagai tindakan yang memberi kesan kurang baik kepada kestabilan parti.
"Justeru, pendekatan yang lebih berhemah amat diperlukan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan sama turut menyebut bahawa tindakan bekas pimpinan yang terus mengemukakan kritikan secara terbuka boleh menimbulkan persoalan dalam kalangan anggota mengenai hala tuju dan keutamaan parti.
"Dalam masa sama, MPN KEADILAN Johor ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej parti perlu ditangani dengan bijaksana.
"KEADILAN Johor komited untuk mempertahankan kestabilan dan memastikan parti terus bergerak ke hadapan secara tersusun," katanya.
Sebelum ini, seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Victor Chin mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR meminta bayaran RM10 juta bagi membantu menyelesaikan isu yang didakwanya sebagai skandal mafia korporat, namun baki RM500,000 tidak dibayar kerana masalah itu tidak diselesaikan.
Susulan itu, Rafizi mendedahkan identiti ‘Mr R’ yang didakwa bertindak sebagai orang tengah dalam skandal berkenaan, selain memaklumkan beliau mempunyai maklumat berkaitan dakwaan pembayaran RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR.
Victor Chin sebelum ini memberi tempoh sehingga 30 Mac untuk wang berkenaan dipulangkan atau identiti individu terbabit akan didedahkan, namun sehingga kini tiada pendedahan dibuat, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa wang itu mungkin telah dipulangkan.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 12:33 pm
Subsidi nelayan RM1.65 seliter masih mencukupi, tidak wajar dipertikaikan – Pengerusi LKIM
April 3, 2026, 12:15 pm
Trump raikan serangan jambatan Iran, beri amaran 'lebih banyak akan menyusul'
April 3, 2026, 12:14 pm
Trump pecat Peguam Negara Pam Bondi, lantik bekas peguam peribadi jadi pemangku
April 3, 2026, 12:10 pm
Azalina saran tingkatkan hukuman pemandu mabuk, bangkitkan rasa gerun masyarakat
April 3, 2026, 12:03 pm
BDR mampu jimat subsidi petrol RM169 juta sebulan, kurangkan 4.51 juta liter penggunaan harian
April 3, 2026, 11:57 am
Ketua Pengarah JAS, Timbalan mengaku tidak bersalah terima rasuah kes e-waste
April 3, 2026, 11:52 am
MCMC siasat 17 individu sebar maklumat palsu harga bahan api, tarif elektrik
April 3, 2026, 11:49 am
Kerajaan kaji keperluan industri media WFH dalam masa terdekat - Fahmi
April 3, 2026, 11:41 am
BDR bukan 'Baring, Duduk, Rehat', KSN beri amaran penjawat awam jangan curi tulang
April 3, 2026, 11:30 am
