TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ketua Pengarah JAS didakwa terima suapan RM100,000

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 3 April – Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS), Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM100,000, tahun lalu.

Tertuduh, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

"Faham, tidak (bersalah)," katanya.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima suapan itu daripada Pengarah Syarikat Sunrich Conquest Sdn Bhd melalui seorang pengurus projek syarikat berkenaan.

Suapan tersebut didakwa sebagai balasan untuk mempertimbangkan rayuan pengecualian penyediaan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi cadangan pembinaan jalan berkembar Bukit Kukus serta kerja tanah mitigasi di atas tanah kerajaan di Jalan Bukit Kukus, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Paya Terubong, Pulau Pinang.

Kes berkenaan melibatkan permohonan kebenaran merancang bagi projek tersebut, yang memerlukan penilaian EIA sebelum sebarang kelulusan diberikan.

+ - reset