TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Patutnya settle awal pagi' - Pengguna merungut kerja baiki jalan lewat siap, MRR2 sesak teruk waktu puncak

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 3 April – Kegagalan menyiapkan kerja penyelenggaraan jalan mengikut jadual mencetuskan kesesakan luar biasa di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pagi ini, sekali gus menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya.

Kesesakan dilaporkan berlaku dari arah Ampang menuju ke Gombak apabila kerja-kerja pembaikan yang sepatutnya siap awal pagi masih diteruskan sehingga waktu puncak.

Berdasarkan perkongsian pengguna di media sosial, kerja ‘mill and pave’ di lorong kanan lebuh raya berkenaan menyebabkan aliran trafik hampir tidak bergerak.

Seorang pengguna di Threads, dikenali sebagai Cxxkiemonsta52, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan kontraktor.

“Ngantuk ni, jem pula. MRR2 hala gombak, masa ini lah dia nak tar jalan. Tiga-tiga lorong pula tu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Aafafff turut mempersoalkan kelewatan tersebut.

“Serius lah pembinaan masih berjalan pada jam sebegini dekat MRR2. Langsung tak bergerak, sepatutnya kerja siap pukul 5.30 pagi,” katanya.

Pengguna lain, Izizainal89 pula menyifatkan keadaan trafik sebagai luar biasa teruk.

“MRR2 hari ini jem macam puaka. Tolong cari alternatif lain kalau nak menghala ke Tol Gombak,” katanya.

Menurut notis penutupan jalan yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya Malaysia Gombak, kerja penyelenggaraan di lokasi itu dijadualkan berlangsung dari jam 10 malam hingga 5 pagi sahaja.

Namun, kegagalan kontraktor membuka semula laluan mengikut jadual menyebabkan kesesakan berlarutan hingga ke susur Lebuh Raya Duta-Ulu Klang serta kawasan sekitar KL East Mall.

+ - reset