TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 April – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini sedang memperincikan mekanisme bantuan bersesuaian bagi membantu warga kampus, terutamanya mahasiswa, dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, impak krisis tersebut bukan sahaja dirasai pada skala ekonomi global, malah turut memberi kesan kepada pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar, kakitangan, serta ahli akademik di institusi pendidikan tinggi.

Beliau memaklumkan telah menerima kunjungan wakil Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) semalam bagi membincangkan inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh pihak kementerian dan kerajaan bagi meringankan beban warga kampus, termasuk isu harga makanan dan keperluan harian.

Zambry memberi jaminan bahawa segala idea serta cadangan yang dikemukakan oleh wakil pelajar tersebut sedang diteliti secara serius oleh pegawai kementerian bagi memastikan setiap perhatian sewajarnya diberikan kepada kebajikan mahasiswa.

Beliau turut menegaskan bahawa suara mahasiswa akan diterjemahkan kepada tindakan nyata dan dijangka akan mengumumkan perancangan serta langkah awal yang disarankan oleh KPT dalam masa terdekat.

Langkah proaktif ini dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kelangsungan kebajikan pelajar di menara gading tidak terjejas di sebalik ketidaktentuan ekonomi dunia yang sedang berlaku ketika ini.

+ - reset