Berita Berita
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
KUALA LUMPUR 3 April – Seorang wanita berusia 39 tahun berjaya diselamatkan selepas tersepit di bawah tren di Stesen LRT Abdullah Hukum dalam kejadian petang tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 6.19 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira lima minit kemudian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 6.24 petang didapati seorang mangsa jatuh dan tersepit di bawah LRT.
“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan dan muka. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.38 petang dan diberi rawatan awal seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan perkhidmatan tren telah kembali beroperasi seperti biasa selepas insiden tersebut.
“Perkhidmatan tren alternatif juga ditamatkan. Waktu menunggu tren akan menjadi sedikit lama sementara kekerapan sedang diselaraskan,” menurut kenyataan itu.
Berita berkaitan
April 5, 2026, 8:48 pm
'Pak guard' maut dipercayai dipukul selepas tegur lelaki minum ketika buat rondaan di Klang
April 5, 2026, 5:02 pm
PN belum terima permohonan Hamzah sertai parti komponen – Takiyuddin
April 5, 2026, 4:52 pm
Polis buru pemandu lawan arus sejauh 500 meter di Jalan Klang Lama
April 5, 2026, 4:49 pm
Gara-gara buat aksi 'gelongsor', kaki budak 10 tahun tersangkut di celah pemegang tangga PPR
April 5, 2026, 4:40 pm
KPM siasat pematuhan SOP insiden dua pelajar IPG lemas di Pantai Merdeka
April 5, 2026, 4:31 pm
'Berilah sedikit kredit' – PM bidas pembangkang, tegas tidak 'apologetik' depan Trump
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
