Berita Berita
Jangka hayat makin panjang, KWSP saran pencarum bekerja lebih lama tambah simpanan persaraan
KUALA LUMPUR 6 April - Peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia yang dijangka mencecah 81 tahun menjelang 2050 berbanding 76 tahun pada 2024 menuntut perancangan kewangan lebih rapi, khususnya dalam memastikan simpanan persaraan mencukupi untuk tempoh lebih panjang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Zulqarnain Onn berkata, bekerja lima tahun lebih lama berpotensi meningkatkan simpanan persaraan sehingga 40 peratus.
Menurutnya, unjuran tersebut dibuat berdasarkan simulasi yang mengambil kira pulangan dividen tahunan sekitar lima peratus serta pertumbuhan gaji tiga peratus setahun.
"Di Malaysia, umur persaraan minimum ditetapkan pada 60 tahun, manakala umur pengeluaran penuh simpanan KWSP kekal pada 55 tahun sejak penubuhan KWSP pada 1951.
"Selaras dengan umur persaraan minimum kebangsaan, KWSP telah memperkenalkan Akaun Emas, di mana caruman baharu selepas umur 55 tahun akan dikreditkan ke akaun tersebut dan hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun," katanya.
Beliau berkata, sebarang cadangan untuk mengubah umur persaraan minimum atau umur pengeluaran simpanan memerlukan penelitian menyeluruh serta libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan.
Menurutnya, faktor seperti tahap kesihatan, perbezaan sektor pekerjaan serta kesejahteraan pekerja perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.
Dalam masa sama, beliau menjelaskan Akaun Emas berperanan memperkukuh perancangan persaraan bagi ahli berumur antara 55 hingga 60 tahun.
Katanya, akaun itu merupakan pelengkap wajib bagi pekerja sektor formal dengan caruman dikunci sehingga umur 60 tahun, sekali gus membolehkan simpanan terus berkembang melalui dividen KWSP.
"Ini menggalakkan simpanan yang lebih lama dan mengurangkan risiko ketidakcukupan dana persaraan," katanya.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
'Tiada empati & membazir' – Nurul Izzah bidas konvoi motosikal PN ketika krisis tenaga
April 6, 2026, 7:47 pm
Agong, Raja Permaisuri santuni balu mangsa nahas pemandu mabuk di Klang
April 6, 2026, 7:44 pm
Kemarau berpanjangan: Kelantan lapor penyusutan paras air sungai, gesa rakyat berjimat
April 6, 2026, 7:40 pm
Selangor laksanakan BDR, tangguh lawatan luar negara & tubuh Pasukan Petugas Khas
April 6, 2026, 7:36 pm
Wanita maut selepas tidak sedarkan diri di bilik hotel Tanjung Tokong
April 6, 2026, 7:31 pm
Saman fitnah 'ceramah masjid' selesai: Papagomo mohon maaf, bersetuju isu hanya salah faham
April 6, 2026, 7:27 pm
Anak Tun Daim, Asnida bakal dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok
April 6, 2026, 7:18 pm
