Berita Berita
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh belakang lori rosak di Lebuhraya PLUS
ALOR GAJAH 7 April – Perjalanan pulang dua sahabat selepas menghantar kasut bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah lori rosak di Kilometer 216 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, petang Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.35 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 18 tahun dilaporkan dalam perjalanan pulang selepas menghantar kasut milik abang pembonceng di Universiti Teknologi MARA Seremban.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Scania dan motosikal Yamaha Y15ZR yang dinaiki kedua-dua mangsa.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke selatan sebelum dipercayai mengalami masalah teknikal pada tayar belakang sebelah kanan.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, lori tersebut dipercayai mengalami masalah teknikal pada tayar belakang sebelah kanan sebelum berhenti di susur keluar ke laluan utama lebuh raya tanpa sebarang tanda kecemasan atau amaran.
“Tidak lama kemudian, motosikal berkenaan dipercayai gagal dikawal lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.
“Pembonceng mengalami kecederaan di bahagian kepala serta patah pergelangan tangan dan telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Salina Rosli di talian 011-25435507 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki
April 7, 2026, 1:45 pm
Isu Selat Hormuz: Hubungan akrab Malaysia, Iran kunci penyelesaian rundingan kapal terkandas
April 7, 2026, 12:19 pm
Polis tahan 11 pemandu mabuk di Klang termasuk seorang wanita dalam Op Mabuk
April 7, 2026, 12:06 pm
Rumah ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran musnah terbakar
April 7, 2026, 11:36 am
Dua guru pelatih IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar
April 7, 2026, 9:55 am
