TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Empat pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM12,000 balasan tidak ambil tindakan kes dadah

By
|
Kongsi
image

 

KOTA BHARU 7 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai penguat kuasa hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM12,000 daripada seorang lelaki pada akhir tahun lalu.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan di pejabat masing-masing kira-kira tengah hari sebelum dibawa ke pejabat SPRM Kelantan untuk siasatan lanjut.

"Mereka kemudian dibawa ke pejabat SPRM Kelantan di sini petang ini untuk siasatan lanjut," kata sumber itu.

Sumber berkata, keempat-empat individu berkenaan dipercayai menerima wang tersebut sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang didapati membawa barangan terlarang dalam kenderaannya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

+ - reset