TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 7 April – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan beliau telah selesai memberikan keterangan sebagai saksi pertama dalam kes saman terhadap seorang penceramah bebas, Ustaz Dusuki Abdul Rani yang sedang berlangsung di mahkamah.

Beliau berkata, prosiding hari ini melibatkan penyampaian keterangan utama (evidence in chief) serta sesi pemeriksaan dan pemeriksaan balas yang telah selesai sepenuhnya.

“Pada hari ini, saya telah selesai memberi bukti. Evidence in chief sudah selesai. Examination dan cross-examination pun sudah selesai. Saya sebagai saksi pertama dan saya serahkan kepada peguam-peguam saya untuk meneruskan,” katanya dalam sidang media.

Menurut Fahmi, kes tersebut merupakan salah satu daripada tiga kes saman berkaitan dakwaan sama, termasuk tuduhan beliau berkempen di sebuah masjid di Rawang pada tahun 2023.

Jelasnya, dua daripada tiga kes berkenaan telah diselesaikan semalam melibatkan individu dikenali sebagai Ahmad Fauzan dan Wan Azri, manakala satu lagi kes membabitkan Ustaz Dusuki masih berjalan.

Bagaimanapun, beliau meluahkan kebimbangan susulan beberapa kenyataan terbaharu yang dimuat naik oleh Wan Azri di media sosial selepas penyelesaian kes dicapai.

“Malangnya, dari petang semalam hingga kelewat malam, saya telah dihubungi oleh pelbagai pihak yang mengambil tangkap layar beberapa komen yang telah dibuat oleh Wan Azri dalam Facebook dan juga TikTok.

“Saya telah kumpul dan dengan bantuan rakan-rakan ke semua kandungan yang telah Wan Azri muat naik dalam pelbagai platform dan saya telah panjangkan kepada pasukan peguam untuk diteliti sama ada berlaku apa-apa perkara yang melanggar keputusan yang telah kita capai semalam,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya akan mendapatkan nasihat lanjut daripada peguam berhubung tindakan susulan yang boleh diambil sekiranya terdapat pelanggaran terhadap penyelesaian yang telah dipersetujui.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata beberapa saksi dijangka akan dipanggil dalam tempoh satu hingga dua hari bagi melengkapkan prosiding kes ketiga tersebut.

Beliau menegaskan tindakan membawa kes ke mahkamah dibuat kerana isu berkenaan memberi kesan terhadap dirinya walaupun tiada kandungan baharu yang ketara sejak insiden asal berlaku.

+ - reset