Berita Berita
Dua guru pelatih IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar
PUTRAJAYA 7 April – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil langkah segera meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran aktiviti luar melibatkan semua institusi di bawah seliaannya susulan insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, Sabtu lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha itu bertujuan memperkukuh aspek keselamatan agar kejadian seumpama itu tidak berulang.
Menurutnya, kementerian memandang serius insiden yang berlaku ketika Program Pendidikan Luar Kampus di Pantai Merdeka dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap kejadian berkenaan.
“Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga. Siasatan yang telus, tuntas dan menyeluruh sedang berjalan. Sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan dan tiada sesiapa yang akan dilindungi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau turut memaklumkan beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program itu akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sehingga proses siasatan selesai.
Terdahulu, Fadhlina hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi memberikan penghormatan terakhir kepada dua mangsa, Christopher Ling Jia Siang dan Joey Ling Lin Siang.
Dalam lawatan itu, beliau turut bertemu keluarga kedua-dua mendiang serta menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan yang dialami.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 12:50 pm
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh belakang lori rosak di Lebuhraya PLUS
April 7, 2026, 12:19 pm
Polis tahan 11 pemandu mabuk di Klang termasuk seorang wanita dalam Op Mabuk
April 7, 2026, 12:06 pm
Rumah ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran musnah terbakar
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
