Berita Berita
Rumah ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran musnah terbakar
SEREMBAN 7 April – Sebuah rumah milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Baru Rahang di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kediaman milik P Gunasekaran dilaporkan terbakar hampir sepenuhnya, namun tiada mangsa terlibat kerana semua penghuni berada di luar ketika kejadian.
Menurut beliau, rumah berkenaan kini didiami adiknya bersama isteri dan dua anak mereka yang kebetulan keluar makan malam semasa kebakaran berlaku.
"Sebenarnya rumah itu kini didiami adik saya bersama isteri serta dua anak mereka dan ketika kejadian, semuanya keluar makan.
"Saya pula tinggal kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian dan sebaik dimaklumkan kebakaran itu, saya bergegas ke lokasi," katanya.
Gunasekaran berkata, hampir keseluruhan rumah musnah dan tiada barang sempat diselamatkan, namun beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.
"Saya pernah tinggal di rumah itu bersama keluarga termasuk ibu bapa dan adik-beradik selepas membelinya pada 1990. Selepas beberapa tahun, saya berpindah ke rumah lain, manakala adik saya terus menetap di situ," katanya.
Sementara itu, Komander Operasi Kanan, Mohd Nafi Wahid memaklumkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dengan bantuan BBP Ampangan dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
"Kejadian tidak membabitkan mangsa yang cedera atau kehilangan nyawa. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 1:45 pm
Isu Selat Hormuz: Hubungan akrab Malaysia, Iran kunci penyelesaian rundingan kapal terkandas
April 7, 2026, 12:50 pm
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh belakang lori rosak di Lebuhraya PLUS
April 7, 2026, 12:19 pm
Polis tahan 11 pemandu mabuk di Klang termasuk seorang wanita dalam Op Mabuk
April 7, 2026, 11:36 am
Dua guru pelatih IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
