Berita Berita
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
KUALA LUMPUR 7 April - Anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Asnida dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan pegangan saham dalam lima syarikat, tiga tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 60 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
"Minta bicara," katanya.
Mengikut pertuduhan, Asnida didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertarikh 8 November 2023.
Notis perisytiharan itu dihantar kepadanya oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan ke atas pada 14 November 2023.
Kegagalan tersebut melibatkan pengisytiharan pegangan saham dalam lima syarikat iaitu Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 13 Disember 2023.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000, jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 11:36 am
Dua guru pelatih IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
Asnida Daim akan didakwa di mahkamah pagi ini gagal isytihar harta
April 7, 2026, 8:12 am
Akmal sifatkan kegagalan Sunway ambil alih IJM Corp sebagai kemenangan rakyat
April 6, 2026, 11:51 pm
