Berita Berita
Angkat sepanduk 'Tangkap Azam Baki', sekumpulan lelaki buat kecoh ketika ucapan dalam program ilmiah
KUALA LUMPUR 7 April – Suasana sebuah program ilmiah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bertukar tegang apabila sekumpulan individu melakukan protes secara tiba-tiba ketika ucaptama sedang berlangsung, petang tadi.
Kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu berlaku di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur, ketika Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki sedang menyampaikan ucapan dalam Wacana Ilmiah Perdana.
Dua lelaki dilihat mengangkat kertas mahjong bertulis ‘Tangkap Azam Baki’ dan ‘Azam Baki Simbol Reformati’, sekali gus mencetuskan kekecohan dalam dewan.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila seorang lelaki berbaju-T hitam tertera ‘Pusat Pembangunan Rakyat (Mandiri)’ bertikam lidah dengan pegawai bertugas selepas cuba ditahan.
“Apa bukti saya terlibat dengan dua orang tadi? Tangkap saya, buktikan saya bersalah. Apa kuasa awak untuk tahan saya?.
“Apa hak kamu nak periksa telefon saya,” katanya dalam keadaan tegang.
Difahamkan, semua individu terlibat kemudiannya ditahan dan dibawa keluar dari dewan oleh pihak bertugas bagi meredakan keadaan.
Insiden tersebut berjaya dikawal kira-kira 10 minit kemudian tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Program berkenaan diteruskan seperti biasa sejurus keadaan kembali terkawal.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
