Berita Berita
KSN nasihat kekal displin seperti di pejabat, lebih 200,000 penjawat awam laksana BDR bermula esok
SHAH ALAM 14 April – Lebih 200,000 penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi di seluruh negara akan terlibat dalam pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) yang bermula esok.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pelaksanaan BDR itu akan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing berdasarkan kesesuaian tugas dan keperluan perkhidmatan.
“Tidak semua jawatan yang boleh bekerja di rumah kerana ada kerja yang kerjanya memang perlu dibuat di pejabat sahaja. Jadi, ketua jabatan akan pilih pekerja mana yang boleh BDR atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam 2026 di sini, hari ini.
Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap penggunaan Sistem Pemantauan Operasi Tugas Secara Elektronik (SPOT-Me) yang dibangunkan kerajaan bagi memastikan pemantauan kehadiran dan tugasan penjawat awam berjalan lancar.
Sebelum ini, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan BDR bukan bermaksud penjawat awam boleh mengambil mudah tanggungjawab dengan berehat atau melakukan aktiviti peribadi seperti membeli-belah ketika waktu bekerja.
Sebaliknya, dasar tersebut menuntut tahap disiplin dan produktiviti yang sama seperti bekerja di pejabat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.
Berita berkaitan
April 14, 2026, 5:05 pm
Dua lelaki maut selepas lori muatan ayam terbabas di Lebuhraya WCE
April 14, 2026, 4:56 pm
Lebih 200,000 Penjawat awam mula bekerja dari rumah esok
April 14, 2026, 4:48 pm
Bomba bantu keluarkan ibu jari bayi lelaki tersepit pada 'baby walker' di Klang
April 14, 2026, 4:42 pm
6 kapal milik Malaysia masih terkandas, AS digesa pertimbang semula kepungan di Selat Hormuz
April 14, 2026, 4:19 pm
Konflik Asia Barat: Ekonomi Malaysia kekal stabil, kukuh walau dunia bergolak - AMK
April 14, 2026, 2:53 pm
Anwar Ibrahim zahir takziah atas pemergian penyanyi legenda India Asha Bhosle
April 14, 2026, 2:33 pm
