Berita Berita
Dua lelaki maut selepas lori muatan ayam terbabas di Lebuhraya WCE
BERUAS 14 April – Dua lelaki termasuk seorang warga asing maut selepas sebuah lori muatan ayam yang mereka naiki terbabas sendiri lalu terbalik di Kilometer 194.7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 10.11 pagi.
Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terlibat.
Kedua-dua mangsa, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dan seorang lelaki warga Vietnam berumur lingkungan 30-an, dilaporkan tercampak keluar sebelum tersepit di bahagian tepi lori jenis Hino berkenaan.
Pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang tiba di lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mayat mereka kepada pihak polis untuk tindakan susulan.
Operasi menyelamat yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Awa Suziana Abd Wahid itu dilaporkan tamat sepenuhnya pada jam 11.32 pagi.
Berita berkaitan
October 24, 2026, 7:48 pm
Dua lelaki ditemukan lemas ketika mandi sungai di Tanjung Rambutan
October 24, 2026, 4:45 pm
Penyelia maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk ketika pasang papan tanda di lebuh raya
October 24, 2026, 2:55 pm
Berkali-kali mohon bantuan kerusi roda kena 'sidai, OKU di Kelantan akhirnya dibantu Steven Sim
October 24, 2026, 2:35 pm
‘Pelajar tidak sepatutnya hidang arak’ – JPNS siasat dakwaan pada majlis makan malam
October 24, 2026, 1:35 pm
Yayasan Budimas kumpul setengah juta ringgit, beri sinar buat lebih 50,000 kanak-kanak setiap tahun
October 24, 2026, 11:13 am
Kapal tangki milik syarikat Malaysia ditahan, 1.16 tan ketamin dirampas
October 23, 2026, 10:44 pm
