Berita Berita
Anwar Ibrahim zahir takziah atas pemergian penyanyi legenda India Asha Bhosle
PETALING JAYA 14 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian penyanyi legenda India, Asha Bhosle sebagai satu kehilangan besar kepada dunia muzik dan kebudayaan global.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menyatakan bahawa mendiang merupakan figura seni luar biasa yang berjaya menyatukan elemen emosi, tradisi dan pensejarahan menerusi ribuan karya seninya.
Anwar turut menyentuh mengenai status mendiang sebagai adinda kepada Lata Mangeshkar yang telah berjaya mengangkat legasi besar keluarga mereka dalam khazanah seni Asia Selatan.
Beliau memuji keberanian mendiang dalam membina identiti seni tersendiri serta sentiasa relevan merentas generasi walaupun dalam arus perubahan zaman yang sentiasa berkembang.
Sebagai mewakili negara, Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta seluruh pencinta seni yang terkesan dengan berita sedih tersebut.
Beliau berharap agar legasi seni yang ditinggalkan oleh Asha Bhosle akan terus menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda dalam memperkaya dunia muzik dan kebudayaan di masa hadapan.
Berita berkaitan
May 31, 2026, 9:18 am
Gagal memotong kenderaan: Remaja 18 tahun maut tercampak ke laluan bertentangan
May 31, 2026, 9:01 am
Kebakaran pusat hiburan Jalan Penang: Lelaki warga Myanmar ditemukan maut
May 30, 2026, 4:56 pm
MOT teliti guna teknologi kekang kes kecurian kabel landasan rel
May 30, 2026, 11:33 am
Gangguan MyIMMs berulang: Lip Eng gesa KDN dedah punca utama, bidas alasan 'hadapi saja'
May 30, 2026, 11:25 am
