Berita Berita
Bomba bantu keluarkan ibu jari bayi lelaki tersepit pada 'baby walker' di Klang
KLANG 14 April – Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan berdepan detik cemas selepas ibu jari kanan mangsa tersepit pada alat bantuan berjalan atau baby walker dalam satu kejadian di Kampung Suara Kapar, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 12.41 tengah hari.
Susulan laporan itu, seramai empat anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan segera.
Pasukan penyelamat tiba di kediaman mangsa pada jam 1.01 tengah hari selepas menempuh perjalanan sejauh kira-kira 21 kilometer dari balai berkenaan.
Anggota bomba bertindak menggunakan peralatan khas bagi memotong bahagian alat bantuan berjalan tersebut dan berjaya mengeluarkan jari mangsa dengan selamat.
Bayi berkenaan kemudiannya diserahkan kembali kepada ahli keluarganya dalam keadaan selamat untuk tindakan serta pemantauan lanjut.
Berita berkaitan
May 31, 2026, 9:18 am
Gagal memotong kenderaan: Remaja 18 tahun maut tercampak ke laluan bertentangan
May 31, 2026, 9:01 am
Kebakaran pusat hiburan Jalan Penang: Lelaki warga Myanmar ditemukan maut
May 30, 2026, 4:56 pm
MOT teliti guna teknologi kekang kes kecurian kabel landasan rel
May 30, 2026, 11:33 am
Gangguan MyIMMs berulang: Lip Eng gesa KDN dedah punca utama, bidas alasan 'hadapi saja'
May 30, 2026, 11:25 am
