Berita Berita
Konflik Asia Barat: Ekonomi Malaysia kekal stabil, kukuh walau dunia bergolak - AMK
KUALA LUMPUR 14 April - Ketidaktentuan geopolitik dunia khususnya konflik di Asia Barat berpotensi memberi kesan kepada ekonomi global termasuk Malaysia, namun prestasi ekonomi negara masih kekal stabil dan berdaya tahan.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Danish Hairudin berkata, walaupun berdepan cabaran luaran, ekonomi Malaysia terus menunjukkan perkembangan positif.
"Namun di sebalik ketidaktentuan dunia, ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang kukuh apabila Bank Dunia bukan sahaja mengekalkan unjuran pertumbuhan, malah menaikkannya dua kali daripada 4 peratus kepada 4.4 peratus.
"Ini bermakna peluang pekerjaan terus berkembang, perbelanjaan rakyat kekal aktif dan ekonomi domestik terus bergerak walaupun dunia bergelut," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Menurut beliau, pencapaian tersebut bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil pengurusan ekonomi yang tersusun serta pelaksanaan dasar kerajaan yang tepat.
Tambahnya, laporan antarabangsa seperti Nikkei Asia turut menyifatkan Malaysia sebagai “hebat dalam diam” dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi lima peratus selama dua tahun berturut-turut.
Dalam masa sama, Danish mengakui cabaran masih wujud terutama berkaitan kos subsidi bahan api yang kini mencecah sekitar RM4 bilion sebulan susulan tekanan harga global.
"Isu harga bahan api memerlukan keseimbangan antara menjaga kebajikan rakyat dan memastikan kedudukan kewangan negara kekal mampan.
"Sehubungan itu, kerajaan mengambil pendekatan subsidi bersasar yang lebih realistik dan bertanggungjawab serta berpaksikan masa depan.
"Saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memahami bahawa krisis tenaga yang sedang berlaku ini adalah isu global yang serius, bukan sekadar masalah tempatan," ujarnya.
Berita berkaitan
April 14, 2026, 5:05 pm
Dua lelaki maut selepas lori muatan ayam terbabas di Lebuhraya WCE
April 14, 2026, 4:56 pm
Lebih 200,000 Penjawat awam mula bekerja dari rumah esok
April 14, 2026, 4:48 pm
Bomba bantu keluarkan ibu jari bayi lelaki tersepit pada 'baby walker' di Klang
April 14, 2026, 4:42 pm
6 kapal milik Malaysia masih terkandas, AS digesa pertimbang semula kepungan di Selat Hormuz
April 14, 2026, 2:53 pm
Anwar Ibrahim zahir takziah atas pemergian penyanyi legenda India Asha Bhosle
April 14, 2026, 2:33 pm
