Berita Berita
Lebih 100 pelabur hilang simpanan hingga RM59 juta ditipu individu bergelar 'Datuk'
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 15 April — Harapan bertukar mimpi ngeri bagi lebih 100 pelabur apabila simpanan hidup mereka didakwa lesap dalam skim pelaburan disyaki tidak berlesen.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pelaburan itu dikaitkan dengan seorang individu bergelar Datuk.
“Dua kumpulan pengadu tampil dengan jumlah keseluruhan 107 orang dengan jumlah kerugian dianggarkan RM59 juta,” katanya.
Seorang mangsa, Liu, 65 tahun, berkongsi bagaimana kehidupannya runtuh selepas melabur hampir RM1.47 juta.
“Simpanan saya semuanya hilang.
“Bank saman dan tutup syarikat saya kerana tak mampu bayar hutang.
“Saya cuma harap dapat kembali wang itu supaya saya boleh teruskan hidup.” katanya
Mangsa dikatakan mula melabur sekitar 2020 selepas menghadiri sesi pembentangan yang meyakinkan dan mendakwa skim tersebut sah.
Seorang lagi mangsa, Lim, 42 tahun, turut meluahkan tekanan emosi yang dialami selepas pulangan bulanan tiba-tiba terhenti.
“Kami tunggu perkembangan setiap masa.
“Saya sendiri labur hampir RM1 juta, kumpulan kami lebih RM10 juta.”
Dikatakan mangsa terdiri daripada individu yang menggunakan simpanan persaraan, simpanan keluarga dan pinjaman bank untuk melabur.
Menurut pendedahan, pelaburan ditawarkan melalui tujuh syarikat berbeza dipelopori dalang yang sama.
“Ini termasuk projek melibatkan kedai serbaneka, syarikat penerbangan dan pelbagai model pelaburan saham dan perkongsian,” kata Hishamuddin.
Pelaburan dikatakan berjalan sejak 2018.
Walaupun pernah dikenakan denda RM50 juta oleh Bank Negara pada tahun 2023, pelaburan masih dikutip selepas tindakan tersebut.
Pihak MHO kini mendesak siasatan baharu dibuka di bawah Seksyen 420 penipuan, 403 seleweng dana dan 409 pecah amanah.
Mangsa juga mahukan pendakwaan penjenayah berstatus Datuk tersebut dilakukan
“Denda sahaja tidak memadai, kami hilang simpanan seumur hidup.” kata mangsa
MHO turut merancang menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara dan tidak menolak membawa kes kepada SPRM.
Bagi mangsa, perjuangan kini bukan sekadar wang tetapi keadilan.
Mangsa berharap kes ini diberi keutamaan agar pelaku didakwa dan nasib ratusan pelabur dapat dibela.
Berita berkaitan
April 19, 2026, 1:23 pm
Tegur merokok punca pergaduhan di restoran nasi kandar Bandar Rimbayu
April 19, 2026, 1:19 pm
RM150,000 disalur perkasa kemudahan sukan di SK Stass, gilap bakat pelajar luar bandar
April 19, 2026, 1:14 pm
Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah berlagak wanita di Kota Bharu
April 19, 2026, 12:06 pm
Dua pegawai bomba selamatkan wanita terperangkap dalam kebakaran gerai
April 19, 2026, 11:53 am
Anthony Loke arah siasatan tergempar isu BHS, MAHB bakal berdepan tindakan
April 19, 2026, 11:46 am
Amirudin sedia pertahankan Parlimen Gombak, tekad selesaikan isu tertangguh
April 19, 2026, 11:42 am
PGIRM gesa pengeluaran KWSP bersasar susulan lebih 24,000 hilang pekerjaan
April 19, 2026, 11:38 am
Ustaz Kazim dibenarkan keluar hospital, sedang berehat di rumah
April 19, 2026, 11:31 am
JKR diarah siasat punca tembok runtuh di TTDI, Nanta tegas tiada kompromi
April 19, 2026, 11:14 am
