Berita Berita
Biruntha Mooruthi dilantik CEO baharu Talent Corp
KUALA LUMPUR 15 April - Biruntha Mooruthi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp) berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh strategi pembangunan bakat negara yang lebih dinamik, berfokus serta selari dengan keperluan industri semasa.
Menteri Sumber Manusia, Ramanan Ramakrishnan berkata, pengalaman kepimpinan lebih 20 tahun yang dimiliki Biruntha merangkumi sektor kerajaan, akademia dan industri menjadi kelebihan besar dalam menerajui organisasi berkenaan.
“Pelantikan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha memperkukuh strategi pembangunan bakat negara yang lebih dinamik, berfokus dan selari dengan keperluan industri semasa.
“Dengan pengalaman kepimpinan lebih 20 tahun merangkumi sektor kerajaan, akademia dan industri, saya yakin Puan Biruntha mampu menerajui Talent Corp ke arah pencapaian yang lebih cemerlang dan berimpak tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, rekod kepimpinan Biruntha dalam memacu inisiatif nasional, memperkasa agenda inovasi serta merapatkan jurang antara penyelidikan dan keperluan pasaran amat bernilai dalam landskap ekonomi semasa yang semakin mencabar.
Tambahnya, sumbangan beliau dalam membimbing usahawan dan mempercepat pengkomersialan teknologi turut membuktikan komitmen tinggi terhadap pembangunan ekosistem bakat dan inovasi negara.
“Saya percaya di bawah kepimpinan beliau, Talent Corp akan terus memainkan peranan strategik sebagai badan pemikir utama dalam memperkukuh kesiapsiagaan tenaga kerja, memperluas peluang pekerjaan berkualiti serta memastikan dasar bakat negara benar-benar memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Edward Ling atas jasa dan sumbangan sepanjang menerajui Talent Corp sebelum ini.
Ramanan turut mendoakan agar Biruntha terus berjaya dalam memikul amanah tersebut demi kemajuan negara.
Berita berkaitan
April 19, 2026, 1:23 pm
Tegur merokok punca pergaduhan di restoran nasi kandar Bandar Rimbayu
April 19, 2026, 1:19 pm
RM150,000 disalur perkasa kemudahan sukan di SK Stass, gilap bakat pelajar luar bandar
April 19, 2026, 1:14 pm
Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah berlagak wanita di Kota Bharu
April 19, 2026, 12:06 pm
Dua pegawai bomba selamatkan wanita terperangkap dalam kebakaran gerai
April 19, 2026, 11:53 am
Anthony Loke arah siasatan tergempar isu BHS, MAHB bakal berdepan tindakan
April 19, 2026, 11:46 am
Amirudin sedia pertahankan Parlimen Gombak, tekad selesaikan isu tertangguh
April 19, 2026, 11:42 am
PGIRM gesa pengeluaran KWSP bersasar susulan lebih 24,000 hilang pekerjaan
April 19, 2026, 11:38 am
Ustaz Kazim dibenarkan keluar hospital, sedang berehat di rumah
April 19, 2026, 11:31 am
JKR diarah siasat punca tembok runtuh di TTDI, Nanta tegas tiada kompromi
April 19, 2026, 11:14 am
