Berita Berita
Siti Nurhaliza cedera terlibat kemalangan di Lebuhraya MEX
KUALA LUMPUR 16 April – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) sebentar tadi.
Menurut pengurusnya, Rozi Sangdewi, insiden tersebut berlaku ketika Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, dalam perjalanan pulang selepas selesai mengadakan persembahan.
“Ramai yang menghubungi kami bertanya tentang Siti Nurhaliza. Kami dua kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuh raya MEX (KM14.2), berlaku kemalangan.
“Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan saya serta Fairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Katanya lagi, pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu sudah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan langjut dan mendapati mengalami cedera ringan.
“Kami membawa Siti keluar dari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami.
“Siti telah ke hospital, mengalami lebam dan bengkak bahagian kaki.
“Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih di atas doa semua,” katanya lagi.
Berita berkaitan
April 16, 2026, 8:31 pm
Saksi sahkan akaun Bersatu terima RM5 juta antara September 2021 hingga November 2022
April 16, 2026, 8:27 pm
KESUMA tiada halangan guna sistem pengambilan pekerja asing baharu Bestinet
April 16, 2026, 8:16 pm
Empat pekerja cedera dalam insiden letupan kilang besi di Gebeng
April 16, 2026, 7:23 pm
Rumah Terbuka Aidilfitri Green Packet meriah, himpun pemimpin dan tokoh korporat
April 16, 2026, 6:36 pm
PKMD Jasin kesan waris bayi perempuan lima bulan
April 16, 2026, 6:30 pm
Bandar Netivot di selatan Israel 'diserang' ribuan lebah madu
April 16, 2026, 6:27 pm
DSP Ahmad Ruzaini, 5 lagi didakwa merompak guna pistol di Desa Parkcity
April 16, 2026, 6:20 pm
Sanusi tolak cadangan darurat, mahu PRN diteruskan ikut proses demokrasi
April 16, 2026, 6:16 pm
