Berita Berita
Sanusi tolak cadangan darurat, mahu PRN diteruskan ikut proses demokrasi
ALOR SETAR 16 April – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan pengisytiharan darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.
Beliau menyifatkan langkah tersebut sebagai tidak sesuai dan menegaskan bahawa pelaksanaan pilihan raya adalah kaedah yang lebih sejajar dengan amalan demokrasi di negara ini.
Menurut beliau, isu tekanan kos sara hidup dan krisis bahan api yang dibangkitkan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyekat proses demokrasi.
"Saya rasa buatlah pilihan raya, bukan isu besar... tak payah sampai (nak isytihar) darurat," katanya dalam sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.
Muhammad Sanusi yang juga merupakan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS bagaimanapun berpandangan perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanyalah pandangan peribadi individu tertentu dan bukannya pendirian rasmi mana-mana parti setakat ini.
Kenyataan beliau itu merujuk kepada cadangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang sebelum ini mengusulkan agar kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan PRN.
Selain Poay Tiong, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan turut dilaporkan bakal membawa usul serupa bagi menangguhkan PRN Johor dan Melaka ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan berlangsung esok.
Bagi Sanusi, tumpuan utama kerajaan ketika ini sepatutnya terarah kepada mengekalkan kestabilan politik melalui saluran demokrasi yang sedia ada tanpa perlu mengambil langkah drastik seperti darurat.
Berita berkaitan
April 16, 2026, 8:31 pm
Saksi sahkan akaun Bersatu terima RM5 juta antara September 2021 hingga November 2022
April 16, 2026, 8:27 pm
KESUMA tiada halangan guna sistem pengambilan pekerja asing baharu Bestinet
April 16, 2026, 8:16 pm
Empat pekerja cedera dalam insiden letupan kilang besi di Gebeng
April 16, 2026, 7:23 pm
Rumah Terbuka Aidilfitri Green Packet meriah, himpun pemimpin dan tokoh korporat
April 16, 2026, 6:36 pm
PKMD Jasin kesan waris bayi perempuan lima bulan
April 16, 2026, 6:30 pm
Bandar Netivot di selatan Israel 'diserang' ribuan lebah madu
April 16, 2026, 6:27 pm
DSP Ahmad Ruzaini, 5 lagi didakwa merompak guna pistol di Desa Parkcity
April 16, 2026, 6:16 pm
PRESMA meterai MoU dengan Green Packet, restoran mamak bakal lebih maju
April 16, 2026, 5:26 pm
