TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PKMD Jasin kesan waris bayi perempuan lima bulan

By
|
Kongsi
image

JASIN 16 April – Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Jasin memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris kepada seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang dikenali sebagai Puteri Dhia Izzahra.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin, Nazuray Mohd Noh berkata, bayi tersebut ditemukan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri serta maklumat latar belakang keluarga yang jelas. Hasil siasatan awal mendapati bayi berkenaan tidak mempunyai waris atau penjaga yang sah di sisi undang-undang buat masa ini.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa telah berjaya mengenal pasti identiti ibu kandung bayi tersebut sebagai Salwa Maulana Putri, seorang pemegang pasport bernombor X6266404.

Susulan penemuan itu, PKMD Jasin telah mengambil tindakan menyelamatkan Puteri Dhia Izzahra mengikut peruntukan Seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001. Pihak kementerian juga telah memohon perintah di bawah Seksyen 15(3) akta yang sama bagi tujuan mengesan waris kanak-kanak terbabit secara rasmi.

Sehubungan itu, mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat berkaitan keluarga atau waris bayi berkenaan diminta segera tampil bagi membantu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan secara terus dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin di talian 06-5291285.

+ - reset