Berita Berita
Rumah Terbuka Aidilfitri Green Packet meriah, himpun pemimpin dan tokoh korporat
KUALA LUMPUR 16 April – Suasana sambutan Aidilfitri jelas terasa apabila Green Packet menganjurkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang berlangsung penuh meriah di ibu negara, hari ini.
Majlis yang dipenuhi dengan hiasan tradisional, juadah pelbagai kaum serta suasana muhibah itu menghimpunkan ratusan tetamu daripada pelbagai latar belakang termasuk pemimpin negara, tokoh korporat dan rakan strategik syarikat.
Acara berkenaan dianjurkan di bawah pimpinan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wira Shahul Dawood, dengan kehadiran tetamu kehormat utama, Tengku Sulaiman Shah yang turut menceriakan sambutan.
Turut memeriahkan majlis ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan beberapa lagi pemimpin politik.
Selain itu, kehadiran tokoh perniagaan seperti Vincent Tan dan Ravindran Menon serta rakan niaga lain menambahkan lagi kemeriahan acara, sekali gus mencerminkan hubungan kukuh antara sektor korporat dan industri teknologi.
Dalam pada itu, majlis turut diserikan dengan pemeteraian dua perjanjian persefahaman (MoU), yang menjadi simbol penting kepada usaha berterusan syarikat dalam memperluas ekosistem digital dan memacu transformasi industri.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim sempena Aidilfitri, malah memperkukuh kedudukan Green Packet sebagai antara pemain utama dalam pembangunan teknologi dan penyelesaian digital di negara ini.
Berita berkaitan
April 16, 2026, 8:31 pm
Saksi sahkan akaun Bersatu terima RM5 juta antara September 2021 hingga November 2022
April 16, 2026, 8:27 pm
KESUMA tiada halangan guna sistem pengambilan pekerja asing baharu Bestinet
April 16, 2026, 8:16 pm
Empat pekerja cedera dalam insiden letupan kilang besi di Gebeng
April 16, 2026, 6:36 pm
PKMD Jasin kesan waris bayi perempuan lima bulan
April 16, 2026, 6:30 pm
Bandar Netivot di selatan Israel 'diserang' ribuan lebah madu
April 16, 2026, 6:27 pm
DSP Ahmad Ruzaini, 5 lagi didakwa merompak guna pistol di Desa Parkcity
April 16, 2026, 6:20 pm
Sanusi tolak cadangan darurat, mahu PRN diteruskan ikut proses demokrasi
April 16, 2026, 6:16 pm
PRESMA meterai MoU dengan Green Packet, restoran mamak bakal lebih maju
April 16, 2026, 5:26 pm
