TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Islam tidak larang hiburan selagi patuh garis panduan, hukum syarak

By
|
Kongsi
image

KUALA KANGSAR 17 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menegaskan bahawa agama Islam sama sekali tidak melarang masyarakat untuk berkarya atau berhibur selagi aktiviti tersebut menepati batas yang ditetapkan.

Beliau menjelaskan bahawa setiap bentuk persembahan seni dan hiburan di negara ini mempunyai garis panduan sedia ada yang boleh dijadikan rujukan utama oleh pihak penganjur dan penggiat seni.

Kenyataan tersebut dibuat bagi mengulas kontroversi tular mengenai sebuah persembahan teater di Universiti Malaya (UM) yang memaparkan adegan di ranjang sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak baru-baru ini.

Zulkifli menyatakan hasrat kerajaan untuk membawa naratif baharu yang menggalakkan penghasilan karya berkualiti tanpa mengabaikan aspek hukum syarak serta nilai akhlak Islam yang murni.

Mengulas mengenai insiden di UM, pihak universiti berkenaan telah pun mengemukakan permohonan maaf secara rasmi dan memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran garis panduan program pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan rasmi ke sekolah agama Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar di sini hari ini.

+ - reset