Berita Berita
'We want you' - Ahmad Zahid umum UMNO buka pendaftaran keahlian atas talian, sasar tarik orang muda
KUALA LUMPUR 20 April - Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembukaan pendaftaran keahlian parti itu secara dalam talian, selaras usaha memudahkan penyertaan rakyat khususnya golongan muda.
Beliau berkata, langkah digitalisasi itu akan menjadikan proses pendaftaran lebih mudah dan pantas, sekali gus membuka ruang kepada lebih ramai individu untuk menyertai parti berkenaan.
“Insya-Allah, prosesnya kini lebih mudah dan pantas. Saya mengajak lebih ramai, khususnya anak muda, untuk bersama UMNO bagi meneruskan legasi bangsa dan membina semula kekuatan parti ini menuju kegemilangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, UMNO perlu terus diperkukuh dengan penyertaan generasi baharu bagi memastikan kesinambungan perjuangan parti dalam landskap politik semasa.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa UMNO adalah milik semua rakyat yang berkongsi aspirasi sama, sambil menyeru orang ramai untuk bersama-sama menyertai parti itu.
“We want you. Kita mahukan anda. Kerana UMNO adalah milik kita semua,” katanya.
Beliau turut mengajak orang ramai untuk kembali mengukuhkan parti yang disifatkannya sebagai “Rumah Bangsa”, selaras dengan semangat “Dulu, Kini dan Selamanya”.
Langkah membuka pendaftaran secara dalam talian dilihat sebagai sebahagian usaha transformasi UMNO dalam menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi serta keperluan generasi masa kini. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 1:42 pm
Pelajar Tingkatan 2 cipta rekod Malaysia hafal 300 digit nombor Pi
April 20, 2026, 12:36 pm
Kampung Bahagia bakal dibangunkan semula sebagai perkampungan sah
April 20, 2026, 12:27 pm
Sultan Selangor titah tangguh SUKMA, batal Piala Sultan Selangor demi jimat kos
April 20, 2026, 12:19 pm
Padah jadi penjamin hutang judi rakan, lelaki warga China dikurung tiga hari
April 20, 2026, 12:05 pm
Anwar: Sektor pertahanan perlu berlandaskan kerangka keamanan, keadilan
April 20, 2026, 10:35 am
Mara lantik bekas anggota beruniform jadi warden sepenuh masa di semua MRSM
April 20, 2026, 10:31 am
Dua beradik maut, dua lagi parah kereta dinaiki bertembung dua kenderaan
April 20, 2026, 8:47 am
