Berita Sukan
Harga tiket Final Piala Malaysia kekal, serendah RM50
KUALA LUMPUR 23 April – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2025-2026 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC kekal mengikut kadar musim lalu meskipun terdapat peningkatan kos penganjuran.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, keputusan mengekalkan harga itu dibuat bagi membolehkan penyokong kedua-dua pasukan merancang perjalanan ke TM Stadium Nasional pada 23 Mei ini dengan lebih awal dan teratur.
Struktur harga tiket yang ditetapkan merangkumi empat kategori utama iaitu RM50 dan RM70 bagi General Admission, RM150 untuk kategori Premium, manakala kategori VIP Grandstand pula berharga RM200.
"Dengan pengumuman awal harga tiket ini kami berharap penyokong JDT dan Kuching City FC dapat membuat persiapan awal dalam merancang perjalanan mereka. Apatah lagi bagi penyokong Kuching City FC yang bakal merasai pengalaman beraksi di pentas final buat kali pertama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan kedua-dua pasukan finalis bagi memastikan proses pengedaran lebih tersusun dan adil kepada penyokong masing-masing.
Pertembungan edisi ke-99 ini dijangka sengit apabila juara bertahan, JDT bakal dicabar oleh Kuching City FC yang melakar sejarah tersendiri selepas berjaya melayakkan diri ke pentas akhir buat kali pertama dalam sejarah kelab tersebut.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
