Berita Berita
Zahid serah isu DNAA kepada peguam, keputusan rayuan Badan Peguam 7 Mei ini
KUALA LUMPUR 3 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya untuk mengendalikan isu perundangan berhubung keputusan Melepas Tanpa Membebaskan (DNAA) yang diterimanya sebelum ini.
Beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut kini merupakan urusan antara Badan Peguam Malaysia dan Jabatan Peguam Negara (AGC), terutamanya selepas kes berkenaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Mahkamah Rayuan dijadualkan membuat keputusan pada Khamis ini (7 Mei 2026) berhubung rayuan Badan Peguam untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara memohon DNAA terhadap 47 pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid sebelum ini.
Berucap dalam satu temu bual eksklusif sempena Konvensyen 80 Tahun UMNO, Presiden UMNO itu menegaskan bahawa keputusan di Mahkamah Tinggi nanti akan bergantung sepenuhnya kepada ketetapan yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Pada Disember 2023, Badan Peguam telah memfailkan permohonan untuk membatalkan keputusan Peguam Negara dengan mendakwa tindakan tersebut adalah tidak sah dan melampaui bidang kuasa yang diperuntukkan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi itu sebelum ini telah diberhentikan pada September 2023 selepas pihak pendakwaan memaklumkan ingin meneliti bukti baharu, disusuli dengan keputusan NFA oleh AGC pada Januari lalu yang menamatkan prosiding tersebut secara muktamad.
Berita berkaitan
May 3, 2026, 3:22 pm
Trafik ke Lembah Klang sesak, orang ramai mula pulang selepas cuti Hari Pekerja
May 3, 2026, 3:18 pm
Kes bunuh penuntut kolej: Asyraf Wajdi arah KPTM perhalusi aspek keselamatan
May 3, 2026, 3:14 pm
Teresa selar Pas, Dr Akmal hanya tahu bantah tanpa beri alternatif raih pelancong
May 3, 2026, 3:09 pm
Cuaca Makkah semakin panas, jemaah haji Malaysia diingatkan jaga kesihatan
May 3, 2026, 3:06 pm
Mayat Nur Qaseh ditemukan selepas tiga hari hilang dihanyutkan arus
May 3, 2026, 11:05 am
Pas selar kenyataan 'jangan datang' Tiong King Sing isu Rain Rave
May 3, 2026, 10:54 am
Harga makanan dijangka naik dalam 3 hingga 6 bulan - Mat Sabu
May 3, 2026, 10:43 am
