Berita Berita
Trafik ke Lembah Klang sesak, orang ramai mula pulang selepas cuti Hari Pekerja
KUALA LUMPUR 3 Mei – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ke ibu negara dilaporkan semakin perlahan dan sesak setakat jam 2 petang tadi berikutan orang ramai mula pulang ke Lembah Klang sempena berakhirnya cuti umum Hari Pekerja.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Highway Crisis Control & Command Centre (Hi4C) memaklumkan, kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dikesan bermula dari utara tanah air merangkumi Sungai Petani, Bertam, sehinggalah ke kawasan Gopeng, Tapah, Bidor, dan Rawang.
Beberapa insiden turut dilaporkan mengganggu kelancaran trafik, antaranya:
-
Kawasan R&R Sungai Perak ke Terowong Meru: Kenderaan rosak menghalang lorong kanan.
-
Simpang Ampat ke Ayer Keroh: Kemalangan di KM 206.4 menyebabkan lorong kanan terhalang.
-
Pedas Linggi ke Port Dickson: Pokok tumbang di KM 251.2 arah utara mengakibatkan lorong kecemasan dan sebahagian lorong kiri ditutup.
Bagi pengguna dari arah Pantai Timur, trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Barat turut perlahan membabitkan laluan dari Bentong Timur, Lentang, Bukit Tinggi, membawa ke Plaza Tol Gombak.
Di sekitar Lembah Klang, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) mencatatkan aliran perlahan di Kelana Jaya menuju Damansara Utama, manakala trafik selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar juga dilaporkan mula padat.
LLM menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan dengan lebih awal, memastikan kenderaan dalam keadaan baik, serta sentiasa peka terhadap maklumat trafik semasa bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan yang lebih serius menjelang lewat petang ini.
Berita berkaitan
May 3, 2026, 3:18 pm
Kes bunuh penuntut kolej: Asyraf Wajdi arah KPTM perhalusi aspek keselamatan
May 3, 2026, 3:14 pm
Teresa selar Pas, Dr Akmal hanya tahu bantah tanpa beri alternatif raih pelancong
May 3, 2026, 3:09 pm
Cuaca Makkah semakin panas, jemaah haji Malaysia diingatkan jaga kesihatan
May 3, 2026, 3:06 pm
Mayat Nur Qaseh ditemukan selepas tiga hari hilang dihanyutkan arus
May 3, 2026, 11:05 am
Pas selar kenyataan 'jangan datang' Tiong King Sing isu Rain Rave
May 3, 2026, 10:54 am
Harga makanan dijangka naik dalam 3 hingga 6 bulan - Mat Sabu
May 3, 2026, 10:51 am
Zahid serah isu DNAA kepada peguam, keputusan rayuan Badan Peguam 7 Mei ini
May 3, 2026, 10:43 am
