Berita Berita
Mayat Nur Qaseh ditemukan selepas tiga hari hilang dihanyutkan arus
KAJANG 3 Mei – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus di Bandar Mahkota Cheras berakhir dengan penemuan mayat mangsa di Sungai Langat, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan mayat Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, ditemui pada jam 12.17 tengah hari oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
Lokasi penemuan mangsa terletak kira-kira 11 kilometer dari titik asal dia dilaporkan terjatuh ke dalam longkang berhampiran Pangsapuri Sri Hijau, kelmarin. Ibu bapa mangsa yang berada di lokasi kejadian turut telah membuat pengecaman ke atas jenazah tersebut.
Terdahulu, operasi SAR yang memasuki hari ketiga telah diperluaskan merangkumi radius sehingga 29 kilometer, bermula dari lokasi kejadian hingga ke kawasan penahan air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya.
Operasi tersebut melibatkan kekuatan seramai 60 anggota daripada pelbagai agensi termasuk JBPM Selangor, Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan pihak polis, selain bantuan unit anjing pengesan (K9).
Dalam kejadian pada jam 7.08 malam kelmarin, mangsa dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar ketika bermain di kawasan lapang berhampiran kediamannya sebelum dihanyutkan oleh arus deras akibat hujan.
Berita berkaitan
May 3, 2026, 3:22 pm
Trafik ke Lembah Klang sesak, orang ramai mula pulang selepas cuti Hari Pekerja
May 3, 2026, 3:18 pm
Kes bunuh penuntut kolej: Asyraf Wajdi arah KPTM perhalusi aspek keselamatan
May 3, 2026, 3:14 pm
Teresa selar Pas, Dr Akmal hanya tahu bantah tanpa beri alternatif raih pelancong
May 3, 2026, 3:09 pm
Cuaca Makkah semakin panas, jemaah haji Malaysia diingatkan jaga kesihatan
May 3, 2026, 11:05 am
Pas selar kenyataan 'jangan datang' Tiong King Sing isu Rain Rave
May 3, 2026, 10:54 am
Harga makanan dijangka naik dalam 3 hingga 6 bulan - Mat Sabu
May 3, 2026, 10:51 am
Zahid serah isu DNAA kepada peguam, keputusan rayuan Badan Peguam 7 Mei ini
May 3, 2026, 10:43 am
