Berita Berita
Teresa selar Pas, Dr Akmal hanya tahu bantah tanpa beri alternatif raih pelancong
KUALA LUMPUR 3 Mei – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa Pas dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh supaya berhenti sekadar membantah acara pelancongan, sebaliknya tampil dengan cadangan lebih konstruktif untuk merancakkan sektor tersebut sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Teresa menegaskan bahawa tindakan menolak penganjuran festival seperti Rain Rave Water Music Festival 2026 tanpa mengemukakan alternatif hanya akan merugikan ekonomi negara dan menjauhkan pelancong asing yang mencari hiburan serta kemeriahan budaya bandar raya.
Beliau turut membidas rekod pentadbiran Pas yang didakwanya menyebabkan kemerosotan industri pelancongan di Langkawi akibat imej dan dasar yang sempit, serta mengingatkan agar model kegagalan tersebut tidak dibawa ke peringkat nasional.
"Jangan jadikan Malaysia sebuah negara yang lesu pelancongannya. Fokus kita sekarang sepatutnya pertumbuhan ekonomi dan kejayaan VM2026, bukannya politik bantahan berasaskan kaum dan agama yang menjauhkan pelabur," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu, penganjuran festival air tersebut menerima tentangan hebat daripada Pemuda Pas Selangor yang mendakwa ia tidak mencerminkan identiti Malaysia, sementara Dr. Akmal pula mempersoalkan kewajaran acara itu diteruskan di tengah-tengah gesaan kerajaan agar berjimat cermat.
Teresa menyifatkan tindakan kedua-dua pihak tersebut sebagai tidak berpijak di bumi nyata kerana pelancong antarabangsa tidak seharusnya terikat dengan sekatan moraliti yang melampau ketika berkunjung ke negara ini.
Berita berkaitan
May 3, 2026, 3:22 pm
Trafik ke Lembah Klang sesak, orang ramai mula pulang selepas cuti Hari Pekerja
May 3, 2026, 3:18 pm
Kes bunuh penuntut kolej: Asyraf Wajdi arah KPTM perhalusi aspek keselamatan
May 3, 2026, 3:09 pm
Cuaca Makkah semakin panas, jemaah haji Malaysia diingatkan jaga kesihatan
May 3, 2026, 3:06 pm
Mayat Nur Qaseh ditemukan selepas tiga hari hilang dihanyutkan arus
May 3, 2026, 11:05 am
Pas selar kenyataan 'jangan datang' Tiong King Sing isu Rain Rave
May 3, 2026, 10:54 am
Harga makanan dijangka naik dalam 3 hingga 6 bulan - Mat Sabu
May 3, 2026, 10:51 am
Zahid serah isu DNAA kepada peguam, keputusan rayuan Badan Peguam 7 Mei ini
May 3, 2026, 10:43 am
