TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kes bunuh penuntut kolej: Asyraf Wajdi arah KPTM perhalusi aspek keselamatan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Mei – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pengurusan Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) untuk menyemak semula tahap keselamatan dan kebajikan pelajar di bawah institusi berkenaan secara menyeluruh.

Beliau menegaskan bahawa sebarang kelemahan dalam sistem sedia ada perlu diperhalusi dan ditambah baik bagi mengelakkan kejadian jenayah berat, termasuk kes pembunuhan melibatkan pelajar, daripada berulang pada masa hadapan.

Langkah ini diambil susulan tragedi menyayat hati membabitkan seorang penuntut kolej wanita yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, Kelantan, baru-baru ini.

“Saya meminta pihak pengurusan KPTM melihat aspek keselamatan dan soal kebajikan pelajar secara menyeluruh. Sebarang kekurangan perlu diperhalusi kerana saya tidak mahu perkara sama berulang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, mayat mangsa ditemukan tanpa dokumen pengenalan diri di lokasi kejadian sebelum identitinya berjaya dikenal pasti melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada, malah pihak polis percaya mangsa telah dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan terbabit.

+ - reset