Berita Berita
Tak boleh bergantung ECRL sahaja, naik taraf Lebuhraya KL-Karak diteruskan - MB Pahang
BENTONG 5 Mei - Kerajaan Pahang akan meneruskan usaha menaik taraf Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) secara berperingkat bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna laluan utama yang menghubungkan Pantai Timur dengan Lembah Klang itu terus terjamin.
Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek tersebut kekal sebagai keutamaan memandangkan kepentingan lebuh raya berkenaan kepada pengguna kenderaan darat.
Menurutnya, kerajaan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada projek East Coast Rail Link (ECRL) kerana jaringan jalan raya masih diperlukan sebagai pelengkap sistem pengangkutan sedia ada.
“Usaha naik taraf itu memang ada dan sedang dalam proses, namun jangkaan siap belum dapat dipastikan setakat ini.
“Kita tidak boleh bergantung kepada satu laluan ECRL sahaja, jadi kemudahan lebuh raya ini amat penting kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang Darul Makmur Edisi Pahlawan Tahun 2026 di Klinik Perubatan Hijraa 24 Jam di sini hari ini.
Baru-baru ini, laporan media menyebut laluan KLK dari Kilometer 37 hingga Kilometer 88 dikenal pasti sebagai antara laluan paling berbahaya di negara ini dengan purata empat kemalangan dilaporkan setiap hari.
Walaupun hanya melibatkan jarak kira-kira 51 kilometer, laluan itu mencatatkan angka kemalangan yang tinggi secara konsisten.
Sepanjang 2024, sebanyak 1,364 kes kemalangan direkodkan di laluan berkenaan sebelum meningkat kepada 1,408 kes pada 2025, menunjukkan trend peningkatan ketara.
Kemalangan maut turut meningkat daripada 19 kes pada 2024 kepada 26 kes pada 2025.
Malah, dalam tempoh Januari hingga Februari tahun ini sahaja, sebanyak 214 kes kemalangan direkodkan di laluan sama, termasuk lima kemalangan maut.
Berita berkaitan
May 5, 2026, 10:46 pm
Murid Tahun dua maut dirempuh van selamat dikebumi, ibu pengsan beberapa kali
May 5, 2026, 8:11 pm
Zakat Selangor rekod agihan RM1.33 bilion tahun lepas
May 5, 2026, 8:04 pm
Pelantikan Undang Luak Sungei Ujong baharu didakwa tidak sah dan langgar aturan adat
May 5, 2026, 4:51 pm
Ibu muda maut dirempuh pemandu mabuk di Melaka
May 5, 2026, 2:12 pm
Lelaki disyaki pukul isteri hingga gugur disiasat pula kes tanam janin di Alor Setar
May 5, 2026, 1:58 pm
