Berita Berita
Ibu muda maut dirempuh pemandu mabuk di Melaka
MELAKA 5 Mei – Seorang ibu muda berusia 21 tahun maut dalam kemalangan tragis selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Ujong Pasir, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, mangsa, Nur Aleya Natasha Roslan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.
Difahamkan, mangsa meninggalkan seorang anak berusia dua tahun.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, nahas dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 23 tahun itu dipercayai mabuk hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan.
“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu kereta bebas dadah dan sampel darah turut diambil untuk dianalisis,” katanya kepada pemberita hari ini.
Kedua-dua kenderaan terbabit telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut, manakala usaha mengesan saksi serta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sedang dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
May 5, 2026, 10:46 pm
Murid Tahun dua maut dirempuh van selamat dikebumi, ibu pengsan beberapa kali
May 5, 2026, 8:11 pm
Zakat Selangor rekod agihan RM1.33 bilion tahun lepas
May 5, 2026, 8:04 pm
Pelantikan Undang Luak Sungei Ujong baharu didakwa tidak sah dan langgar aturan adat
May 5, 2026, 2:12 pm
Lelaki disyaki pukul isteri hingga gugur disiasat pula kes tanam janin di Alor Setar
May 5, 2026, 1:58 pm
