Berita Berita
Pelantikan Undang Luak Sungei Ujong baharu didakwa tidak sah dan langgar aturan adat
SEREMBAN 5 Mei – Pelantikan akauntan muda, Muhammad Faris Johari, sebagai Undang Luak Sungei Ujong yang baharu didakwa tidak sah serta menyalahi aturan adat yang ditetapkan dalam luak berkenaan.
Datuk-Datuk Lembaga Adat Sungei Ujong dalam satu kenyataan media menegaskan bahawa sebarang pelantikan bagi jawatan tersebut memerlukan persetujuan sebulat suara daripada semua ibu soko waris Klana Hulu, waris Klana Hilir, serta seluruh Datuk Lembaga Adat.
Menurut mereka, pengisytiharan rasmi bagi pelantikan tersebut mestilah dilakukan oleh Datuk Shahbandar Sungei Ujong bagi memastikan ia mengikut protokol adat yang sah.
Pihak lembaga adat turut mendedahkan bahawa individu yang menguruskan pelantikan tersebut iaitu Shaharumzaman Abdul Malek sebenarnya telah pun dipecat daripada jawatan Orang Kaya Datuk Laksamana sejak 20 Mac lalu.
Selain itu, seorang lagi individu yang mengesahkan pelantikan berkenaan iaitu Zainol Ariffin Ibrahim turut dilaporkan telah dipecat daripada jawatannya pada November 2024 mengikut rekod Pejabat Dewan Keadilan dan Undang (DKU).
Kenyataan itu turut memperincikan bahawa Sazali Mohamed Yasin merupakan pemegang jawatan Datuk Andulika Mandulika Sungei Ujong yang sah berdasarkan surat pengesahan lantikan yang dikeluarkan pada April tahun lalu.
Sehubungan itu, para Datuk Lembaga Adat menyatakan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Klana Petra Mubarak Dohak yang masih memegang jawatan sebagai Undang Luak Sungei Ujong yang sah sehingga kini.
Orang ramai serta pihak berkaitan dinasihatkan agar merujuk terus kepada kepimpinan adat yang diiktiraf bagi mengelakkan kekeliruan memandangkan penubuhan Majlis Datuk Lembaga Adat yang baharu itu didakwa tidak mendapat pengesahan pihak DKU.
Berita berkaitan
May 5, 2026, 10:46 pm
Murid Tahun dua maut dirempuh van selamat dikebumi, ibu pengsan beberapa kali
May 5, 2026, 8:11 pm
Zakat Selangor rekod agihan RM1.33 bilion tahun lepas
May 5, 2026, 4:51 pm
Ibu muda maut dirempuh pemandu mabuk di Melaka
May 5, 2026, 2:12 pm
Lelaki disyaki pukul isteri hingga gugur disiasat pula kes tanam janin di Alor Setar
May 5, 2026, 1:58 pm
