Berita Berita
Kes murid dilanggar hingga maut: Polis tahan pemandu van
BATU PAHAT 6 Mei - Pemandu van yang melanggar seorang murid perempuan hingga mengorbankan nyawanya di hadapan sebuah sekolah di Parit Sulong tengah hari tadi sudah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, lelaki terbabit ditahan sejurus kemalangan berlaku pada jam 12.30 tengah hari hingga meragut nyawa murid Tahun Dua.
"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika van dipandu lelaki terbabit bergerak keluar dari dalam kawasan sekolah setelah selesai menghantar barang.
"Semasa bergerak keluar melalui pintu pagar utama, van terbabit melanggar mangsa yang sedang berjalan di hadapan pintu terbabit.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan organ dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Klinik Kesihatan Parit Sulong," katanya dalam kenyataan.
Shahrulanuar berkata, dalam kejadian itu, pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, siasatan dijalankan atas kesalahan memandu secara melulu atau merbahaya hingga menyebabkan kematian.
Berita berkaitan
May 6, 2026, 2:07 pm
PTPTN umum dividen Simpan SSPN 4.10 peratus, tertinggi dalam 11 tahun
May 6, 2026, 1:49 pm
KPM perketat keselamatan di sekolah, garis panduan baharu akan dimuktamadkan
May 6, 2026, 1:37 pm
Polis nafi sedia khidmat pengiring konvoi kenderaan mewah
May 6, 2026, 12:39 pm
Malaysia berjaya dapatkan semula RM31.3 bilion dana 1MDB yang diseleweng - Azam Baki
May 6, 2026, 11:55 am
Pemandu Bezza bawa pil Yaba rempuh dua kenderaan ketika cuba lari daripada polis
May 6, 2026, 11:39 am
Lelaki positif dadah dengan 22 rekod lampau ditahan curi kabel KTMB
May 6, 2026, 11:14 am
Farhash nafi tuduhan curi, terlibat pengubahan wang haram berbilion ringgit
May 6, 2026, 10:53 am
Hormati kuasa pengampunan Agong - Muhammad Faiz
May 6, 2026, 10:50 am
